Wednesday, September 15, 2010

Iliani, apa hukuman pada seseorang minum arak pada hari akhirat? Kalau dah terlanjur, masih boleh bertaubat kah?

First things first..
Alhamdulillah, kalau perkara ni adalah utk diri saudara/saudari sendiri, atau utk kwn anda, sedarlah bahawa anda telah menggunakan perkataan 'terlanjur'~ which means anda sedar akan kesilapan anda/kwn anda sedar akan kesilapan dia, dan ingin berubah+bertaubat! =)
That is a good thing ya! ;)

Secondly..
Iliani sendiri tak arif sgt3 dlm hal ni, tp sbb anda telah bertanya, iliani akn cuba jwb dgn sungguh2 ya, no worries! =)

orang2 yg minum arak n tak sempat bertaubat, akan dibangkitkan kelak pada hari akhirat dgn keadaan yg sgt2 lah buruk =(

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata:

"Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati." masruq berkata: "Peminum khamar itu seperti penyembah berhala, jika ia menganggap halal khamar."

khamar di sini ialah ape2 yg memabukkan; arak.

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda:

"Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."

Orang2 yg minum arak termasuk orang2 yang tak dpt cium bau syurga, n tak dpt minum arak dlm syurga.

Tentang hukuman2 dia pulak iliani carik2 tapi tak brape jumpa yg jelas. Tp besar kemungkinan ini adalah sebahagiannya;

Sedang ahli neraka dibawa keneraka, maka bila sampai dimuka pintunya langsung terbuka pintu-pintunya dan disambut oleh Malaikat yang telah siap dengan pukul besinya, maka apabila ia telah masuk keneraka tiap anggota badannya merasakan siksa sendiri, apakah panasnya api atau gigitan ular atau pukulan Malaikat, dan bila dipukul oleh Malaikat segera tenggelam dalam api itu sedalam empat puluh tahun, belum juga sampai kedasarnya, kemudian dinaikkan oleh wap api keatas untuk diulangi pukulan Malaikat sehingga tenggelam kembali sedalamnya. Sedang kulitnya sebagaimana tersebut dalam ayat (Yang berbunyi):

Tiap-tiap telah rosak (masak) kulitnya maka Kami ganti dengan kulit yang baru supaya merasai pedihnya siksa. Sesungguhnya Allah Maha Mulia, Jaya dan Bijaksana." (Surah An Nisa ayat 56)

Dijelaskan bahawa penggantian kulit itu tiap hari sampai tujuh puluh kali dan terasa dahaga maka minta minum lalu diberikan air hamim yang mendidih dan bila didekatkan kemukanya jatuh daging mukanya dan bila diminum jatuh giginya, kemudian jika masuk kedalam perut terputus-putus ususnya dan masak kulitnya, segaimana ayat (Yang berbunyi):

"Mencairkan apa yang didalam perut mereka, demikian pula kulit. Dan untuk mereka tersedia pukul dari besi." (Surah Al-Haj ayat 20-21)

Jadi dari sini kita dpt tgk betapa pedihnya seksa di neraka. (iliani baca pon da ngeriii eeeeee takot2) Ni pon anggaran sahaja, seksa yg sebenarnya hanyalah Dia yg tahu.

Tapi jgnlah anda khuatir yek! =)
Selagi matahari belum terbit dari Barat, dan selagi Allah masih mengizinkan jantung anda berdenyut, akal anda masih wujud dlm diri.. Pintu taubat Dia masih terbuka =)

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Tentang pintu taubat pula, ni ade sahih dr Muslim:

Abu-Musa Al-Ashari narrated that the Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم said, "Verily Allah extends his hand at night so that the sinners of the day may repent and verily extends his hand during the day so that the sinners of the night may repent, (He will keep on doing this) as long as the sun does not rise from the West."

Jadi jika benar anda/ kwn anda ingin bertaubat, taubat2lah dgn segera! =) Insya-Allah, jika anda ikhlas dlm taubat anda, Dia akn menerimanya =) It's never too late to go back to the right path, as long as the sun is still rising from the east, and death has not fallen upon you.

..Kalau2 anda/kwn anda mo tangguh2 taubat, mungkin nak taubat esok/ mgg depan/ bulan depan...
Pikir2kanlah,..
yakinkah anda matahari takkan terbit dr Barat pd esok hari?
dan yakinkah anda Malaikat Maut takkan dtg menjemput anda pd saat yg seterusnya?
Ingat2lah yg Malaikat Maut itu menatap wajah kita 70 kali dlm masa 24jam, sedangkan kita nak igt pada kematian tu brape kali sehari yek? =)

iliani akan doa2kan kamu segera bertaubat ASAP! dan juga taubatmu/kwnmu diterimaNya, insya-Allah =)

kalau nak bc byk lg ttg isu ni, boleh tgk kat webstite2 ni:
http://www.al-azim.com/~beringin/agama/hukumarak1.htm

ttg taubat plak:
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Taubat/Utama.html

=)

Ask me anything

No comments:

Post a Comment