Sunday, January 17, 2010

Wahai Mereka yang serba Kekurangan..

Pernahkah sesekali anda merasakan..
diri anda itu tidak sempurna?

Pernahkah anda merasakan..
orang lain sentiasa lebih baik daripada kita?

Lebih Beriman,

Lebih Bijaksana,

Lebih Sopan,

Lebih kurus,

Lebih cantik,

Lebih tinggi,

Daripada kita?

Lebih Beruntung,

Lebih Disayangi,

Lebih Berharta,

Daripada kita?

Wahai kawan-kawan yang saya sayangi, yang saya hormati, yang saya kenali..
Saudara-saudara saya yang seagama yang mungkin tidak saya pernah kenali.

Ingatlah kamu..

Bahawa Allah lebih menyayangi kalian semua..
Lebih Mengenali kalian semua,

daripada sesiapa pun di muka bumi ini.

Wahai kawan-kawan yang saya sayangi, saudara-saudara saya..

Janganlah kamu semua lupa.

Kamu, termasuklah diri saya ini sendiri,
mempunyai kekurangan yang amatlah banyak.

Rakan-rakan kamu yang kamu katakan

Lebih Bijak,

Lebih Beriman,

Lebih Cantik,

atau apa2 sekalipun yang kamu rasakan
merupakan kelebihan yang dia ada
yang tiada pada kamu

Ingatlah kawan-kawan yang saya sayangi..
Bahawa rakan kamu itu

Juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri.


Wahai kawan-kawan yang saya sayangi,saudara-saudara saya sekalian..

sekiranya kamu rasakan diri kamu itu kurang bijak,

tidak berjaya mendapatkan 4 flat atau A di sekolah,

lantas merasakan diri dipandang rendah oleh orang lain..

Ingatlah kamu!

Di akhirat kelak, Allah tidak akan memandang 4 flat atau A kamu di sekolah.

Pahala-pahala dan dosa-dosa kamu,

yang dicatatkan dgn terperinci

Oleh Rakib dan Atid

yang akan dipandang oleh Allah S.W.T.

Wahai kawan-kawan yang saya sayangi,saudara-saudara saya sekalian..

Jika kamu merasakan kamu tidak cantik,

tidak kacak,

tidak tinggi,

tidak kurus,

gemuk,

muka tak licin,

kaki tidak cantik..

Jika benar sekalipun kesemua kekurangan fizikal yang kamu katakan itu

Sedarkah kamu

Bahawa kamu mempunyai peluang

yang jauh lebih tinggi

untuk mendapat pasangan yang mencintai kamu dgn seikhlas hati

yang langsung tidak memandang pada paras wajah kamu?

Sedarlah kawan-kawan, saudara-saudara saya..

Berbanding rakan-rakan kamu

yang lebih cantik,

lebih tinggi,

lebih kurus,

Kamulah yang lebih senang untuk mendapatkan dan menikmati

Cinta sejati.

Sedarkah kamu?

Bahawa rakan-rakan kamu yang mempunyai kelebihan

dari segi fizikal

perlu tempuhi kesusahan

untuk mencari cinta

yang tidak berdasarkan paras rupa?

Daripada kekurangan kita ini

Sebenarnya mempunyai kelebihan yang selalu kita tidak sedari.

Dan ingatlah kamu!

Bahawa Allah S.W.T. tidak mungkin melihat pada fizikal kamu di akhirat kelak..

Tetapi Iman itulah, yang akan Dia sayangi pada kalian.

Wahai kawan-kawan yang saya sayangi,saudara-saudara saya sekalian..

Ingatlah bahawa setiap kejadian,

Setiap musibah

Setiap dugaan itu

pasti ada hikmahnya.

Setiap kekurangan yang kita ada

janganlah biarkan ia mengaburi

kelebihan-kelebihan kita yang lain

yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Wahai kawan-kawan yang saya sayangi,saudara-saudara saya sekalian..

Jika kamu merasakan iman kamu itu

tidak setanding Ustat dan Ustazah

Sedarkah kamu

bahawa Ustat dan Ustazah kita itu

telah berusaha untuk menuntut ilmu

untuk meningkatkan imannya

terhadap Allah

dan bukanlah kerana

mereka telah duduk bersenang lenang?

Mungkin juga,

mereka pada waktu dahulu

adalah sama sahaja dengan kita

yang muda dan masih jahil ini.



Janganlah biarkan kekurangan yang ada pada kita

mengaburi kelebihan yang Allah telah kurniakan

kepada kita.

Janganlah berputus asa

untuk meningkatkan iman!

Untuk Menggalakkan

dan melakukan kebaikan

dan mencegah kemungkaran.


Imbangkanlah dunia dan akhirat kamu.

Jangan lupa pada akhirat yang kekal

Namun jangan juga lupa pada dunia yang sementara.


Bagaimanakah kita dapat berjaya di akhirat

Sekiranya mengabaikan tanggungjawab kita di dunia?

tanggungjawab kepada keluarga,

ibu bapa,

anak-anak,

dan umat Islam.


Wahai kawan-kawan yang saya sayangi,saudara-saudara saya sekalian..

Gunakanlah kelebihan yang ada pada kamu,

untuk mengatasi kekurangan yang kamu rasakan.

Tiada yang sempurna di dunia ini,

kecuali Allah S.W.T.

Selagi matahari belum terbit dari barat,

Pintu taubat itu masih luas terbuka.

Allah itu,
Maha Pengampun, dan Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment